Isnin, 29 Julai 2019

Makanan yang bagus untuk ibu hamil


Tempoh kehamilan adalah tempoh yang bahagia buat ibu-ibu, lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali melalui saat tersebut.  Kandungan perlu dijaga sebaik mungkin untuk memastikan kandungan berada dalam keadaan sihat dan baik.  Minggu lepas kita dah bercerita tentang makanan yang perlu dielakkan semasa diawal kehamilan.  Jadi hari ini kita akan bercerita tentang makanan yang baik untuk ibu mengandung.

1.       Sayur-sayuran
Sayur-sayuran mempunyai pelbagai jenis vitamin.  Sayur amat penting untuk memastikan ibu dan bayi mendapat pelbagai vitamin dengan cukup.  Tapi kenapa ada petua yang mengatakan ibu hamil perlu elakkan makan sayur? Hmm…salah tu sebenarnya, sayur-sayuran tidak mempunyai apa-apa elemen yang boleh membahayakan ibu dan juga kandungan.  Malah, jika kekurangan sayur, ibu-ibu mungkin akan mengalami sembelit.  Kalau masa tak mengandung pun sembelit itu sudah menyeksakan, apakan lagi kalau tengah mengandung kan? Huhu..

2.       Ikan
Ikan pula dapat membekalkan sumber protein untuk tubuh badan kita.  Semasa di dalam tempoh kehamilan, ikan amat digalakkan.  Daging dan ayam juga boleh dimakan, tiada masalah,  namun ikan merupakan makanan yang terbaik bagi memberikan sumber protein.

3.       Susu
Susu juga antara makanan yang bagus untuk ibu mengandung.  Ye lah, bukan setakat untuk ibu mengandung, ketika hari biasa pun kita selalu minum susu.  Susu memberikan tenaga untuk badan kita.  Tak perlu lah bercerita tentang kebaikan susu, kita semua dah tahu kan..tapi doctor kurang menggalakkan ibu mengandung yang mempunyai kencing manis dari meminum susu.  Ini kerana susu mempunyai kandungan gula yang agak tinggi.  Jika ibu yang mempunyai kencing manis mengambil lebih gula, hal ini akan membahayakan kandungan.

4.       Buah-buahan
Buah-buahan juga mempunyai pelbagai vitamin.  Fungsinya juga sama seperti sayur, untuk memberi tenaga kepada badan kita.  Namun ada beberapa jenis buah yang perlu dikurangkan pengambilannya.  Contohnya, durian yang bersifat panas.  Ianya boleh dimakan namun harus diambil dalam kadar yang sedikit.  Buah nanas pula perlu dielakkan semasa diawal kehamilan kerana kandungan masih lagi baru dan lemah.

5.       Hati ayam (untuk mereka yang hb low)
Hati ayam bagus untuk menambahkan darah.  Biasanya, masalah yang sering dialami oleh ibu

Jumaat, 19 Julai 2019

Makanan yang perlu dielakkan diawal kehamilan



Pernah tak korang dengar ada ibu hamil keguguran disebabkan salah makan? Atau korang sendiri pernah alami?  Kak eny baru je dengar cerita mak kak eny yang pernah keguguran disebabkan salah makan.
Di awal kehamilan ada beberapa makanan yang perlu dielakkan, kerana keadaan kandungan kita yang masih lemah.  Jadi untuk pengetahuan bersama hari ni kak eny akan kongsikan beberapa makanan yang perlu dielakkan diawal kehamilan.

1.       Nenas
Ok, yang ni mesti semua orang tahu kan. Menurut kebanyakan bidan tradisional, Nenas buah yang bersifat ‘tajam’.  Ia boleh menyebabkan keguguran bagi kandungan yang masih lemah, namun apabila kandungan mencapai usia matang (5 @ 6 bulan ke atas) mungkin tidak menjadi masalah bagi sesetengah orang.  Kondisi tubuh badan manusia kan berbeza tapi kalau nak selamat,hmmm…elakkkan je lah ye.
2.       Air Tebu
Ha.. yang ni mungkin ramai yang tak tahu.  Mak kak eny keguguran disebabkan air tebu lah, masa tu zaman muda2 kot belum tahu.  Air tebu ni lagi bahaya dari Nenas, nenas mungkin ambik masa untuk menyebabkan keguguran tapi air tebu ni kalau minum hari ni ada kemungkinan esokkannya terus keguguran.  Air tebu perlu dielakkan sepanjang tempoh kehamilan.
3.       Herba/supplement
Ada sesetengah orang fikir bahawa untuk menguatkan tubuh badan dan kandungan, mereka perlu mengambil herba/supplement tambahan.  Tapi sebenarnya salah, tambah-tambah jika supplement yang mengandungi akar kayu.  Pernah tak korang makan herba/supplement/akar kayu, lepas makan tu badan akan rasa hangat je,berpeluh dan ringan? Sebabnya fungsi herba/akar kayu adalah untuk melancarkan atau mencairkan darah. So, faham2 je lah apa akan jadi kalau darah kita cair masa tgh hamil kan..
4.       Makanan pedas.
Makanan yang terlalu pedas juga kalau boleh perlu dielakkan.  Namun, ia bergantung kpd kondisi ibu2.  Ada sesetengah ibu yang biasa makan pedas, tiada masalah bagi mereka untuk mengambil makanan yang pedas.  Tapi jika tak pasti, lebih baik elakkan dari awal.

Walau bagaimanapun, macam yang kak eny katakan kat atas tadi, ia juga bergantung kpd kondisi badan kita sendiri.  Ada sesetengah yang tiada masalah untuk makan makanan yang disenaraikan kat atas tu.  Tapi bukan ke mencegah itu lebih baik?  Jadi sama2 kita menjaga kandungan kita sebaik mungkin. 
Minggu depan kak eny akak kongsikan pula makanan yang mmg baik untuk kandungan. Ok? Bye.