Isnin, 29 Julai 2019

Makanan yang bagus untuk ibu hamil


Tempoh kehamilan adalah tempoh yang bahagia buat ibu-ibu, lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali melalui saat tersebut.  Kandungan perlu dijaga sebaik mungkin untuk memastikan kandungan berada dalam keadaan sihat dan baik.  Minggu lepas kita dah bercerita tentang makanan yang perlu dielakkan semasa diawal kehamilan.  Jadi hari ini kita akan bercerita tentang makanan yang baik untuk ibu mengandung.

1.       Sayur-sayuran
Sayur-sayuran mempunyai pelbagai jenis vitamin.  Sayur amat penting untuk memastikan ibu dan bayi mendapat pelbagai vitamin dengan cukup.  Tapi kenapa ada petua yang mengatakan ibu hamil perlu elakkan makan sayur? Hmm…salah tu sebenarnya, sayur-sayuran tidak mempunyai apa-apa elemen yang boleh membahayakan ibu dan juga kandungan.  Malah, jika kekurangan sayur, ibu-ibu mungkin akan mengalami sembelit.  Kalau masa tak mengandung pun sembelit itu sudah menyeksakan, apakan lagi kalau tengah mengandung kan? Huhu..

2.       Ikan
Ikan pula dapat membekalkan sumber protein untuk tubuh badan kita.  Semasa di dalam tempoh kehamilan, ikan amat digalakkan.  Daging dan ayam juga boleh dimakan, tiada masalah,  namun ikan merupakan makanan yang terbaik bagi memberikan sumber protein.

3.       Susu
Susu juga antara makanan yang bagus untuk ibu mengandung.  Ye lah, bukan setakat untuk ibu mengandung, ketika hari biasa pun kita selalu minum susu.  Susu memberikan tenaga untuk badan kita.  Tak perlu lah bercerita tentang kebaikan susu, kita semua dah tahu kan..tapi doctor kurang menggalakkan ibu mengandung yang mempunyai kencing manis dari meminum susu.  Ini kerana susu mempunyai kandungan gula yang agak tinggi.  Jika ibu yang mempunyai kencing manis mengambil lebih gula, hal ini akan membahayakan kandungan.

4.       Buah-buahan
Buah-buahan juga mempunyai pelbagai vitamin.  Fungsinya juga sama seperti sayur, untuk memberi tenaga kepada badan kita.  Namun ada beberapa jenis buah yang perlu dikurangkan pengambilannya.  Contohnya, durian yang bersifat panas.  Ianya boleh dimakan namun harus diambil dalam kadar yang sedikit.  Buah nanas pula perlu dielakkan semasa diawal kehamilan kerana kandungan masih lagi baru dan lemah.

5.       Hati ayam (untuk mereka yang hb low)
Hati ayam bagus untuk menambahkan darah.  Biasanya, masalah yang sering dialami oleh ibu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan