Pernah tak korang dengar ada ibu hamil keguguran disebabkan salah makan? Atau korang sendiri pernah alami? Kak eny baru je dengar cerita mak kak eny yang pernah keguguran disebabkan salah makan.
Di awal kehamilan ada beberapa makanan yang perlu dielakkan,
kerana keadaan kandungan kita yang masih lemah.
Jadi untuk pengetahuan bersama hari ni kak eny akan kongsikan beberapa
makanan yang perlu dielakkan diawal kehamilan.
1. Nenas
Ok, yang ni mesti semua orang tahu kan. Menurut kebanyakan
bidan tradisional, Nenas buah yang bersifat ‘tajam’. Ia boleh menyebabkan keguguran bagi kandungan
yang masih lemah, namun apabila kandungan mencapai usia matang (5 @ 6 bulan ke
atas) mungkin tidak menjadi masalah bagi sesetengah orang. Kondisi tubuh badan manusia kan berbeza tapi
kalau nak selamat,hmmm…elakkkan je lah ye.
2. Air Tebu
Ha.. yang ni mungkin ramai yang tak tahu. Mak kak eny keguguran disebabkan air tebu
lah, masa tu zaman muda2 kot belum tahu.
Air tebu ni lagi bahaya dari Nenas, nenas mungkin ambik masa untuk
menyebabkan keguguran tapi air tebu ni kalau minum hari ni ada kemungkinan
esokkannya terus keguguran. Air tebu
perlu dielakkan sepanjang tempoh kehamilan.
3. Herba/supplement
Ada sesetengah orang fikir bahawa untuk menguatkan tubuh
badan dan kandungan, mereka perlu mengambil herba/supplement tambahan. Tapi sebenarnya salah, tambah-tambah jika
supplement yang mengandungi akar kayu.
Pernah tak korang makan herba/supplement/akar kayu, lepas makan tu badan
akan rasa hangat je,berpeluh dan ringan? Sebabnya fungsi herba/akar kayu adalah
untuk melancarkan atau mencairkan darah. So, faham2 je lah apa akan jadi kalau
darah kita cair masa tgh hamil kan..
4. Makanan pedas.
Makanan yang terlalu pedas juga kalau boleh perlu
dielakkan. Namun, ia bergantung kpd
kondisi ibu2. Ada sesetengah ibu yang
biasa makan pedas, tiada masalah bagi mereka untuk mengambil makanan yang
pedas. Tapi jika tak pasti, lebih baik
elakkan dari awal.
Walau bagaimanapun, macam yang kak eny katakan kat atas
tadi, ia juga bergantung kpd kondisi badan kita sendiri. Ada sesetengah yang tiada masalah untuk makan
makanan yang disenaraikan kat atas tu. Tapi
bukan ke mencegah itu lebih baik? Jadi sama2
kita menjaga kandungan kita sebaik mungkin.
Minggu depan kak eny akak kongsikan pula makanan yang mmg
baik untuk kandungan. Ok? Bye.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan